:: SELAMAT DATANG KE BLOG DAKWAH GLOBAL :: DAPATKAN BUKU-BUKU KAMI DENGAN HARGA YANG MENARIK ::

Friday 11 September 2015

KEPENTINGAN PENGIKTIRAFAN MQA BAGI KURSUS YANG DIAMBIL SEMASA DI KOLEJ/UNIVERSITI

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN KE INSTITUSI PENGAJIAN

Setelah memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebelum permohonan memasuki institusi  pendidikan dibuat, para pelajar dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu kursus yang ingin dipilih telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (Agensi Kelayakan Malaysia) atau ‘MQA’ (dahulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara ‘LAN’) dan juga pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pihak kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perjawatan kakitangan kerajaan.

Ini adalah penting kerana jika kursus di universiti yang dipohon tidak mendapat pengiktirafan kelayakan daripada MQA dan pengiktirafan JPA, maka dibimbangi kursus yang ditawarkan tidak mencapai tahap ‘Quality Standard’ sepertimana yang telah ditetapkan. Kesannya akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam perkhidmatan kerajaan apabila tamat tempoh belajar kelak. Jadi, memilih kursus yang diiktiraf MQA dan JPA  adalah suatu kemestian kepada setiap pelajar supaya sijil, diploma atau ijazah yang bakal anda terima kelak diperakui dan diterima oleh semua pihak baik kerajaan mahupun bukan kerajaan (swasta).

Kebiasaannya, hampir semua kursus di universiti tempatan (IPTA) tidak mempunyai masalah pengiktirafan daripada pihak MQA dan JPA. Apa yang dibimbangi ialah kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti luar negara. Persoalannya, adakah semua kursus yang ditawarkan di universiti luar negara diiktiraf. Inilah yang menjadi persoalan utama kerana kebanyakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (B.a) luar negara (walaupun bukan semua) semestinya akan memohon perjawatan untuk berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sedangkan kuasa pengiktirafan jawatan itu sendiri berada di bawah tanggungjawab JPA.

Oleh itu amat penting kepada anda untuk mengetahui dan menyelidiki terlebih dahulu tentang status pengiktirafan kursus-kursus yang ditawarkan sama ada telah mendapat pengiktirafan ataupun belum. Jika kursus tersebut belum lagi mendapat pengiktirafan ataupun masih lagi berada dalam proses mendapatkan pengiktirafan, maka dinasihatkan kepada anda supaya tidak mengambil  kursus tersebut sebaliknya membuat pilihan berdasarkan senarai pengiktirafan kursus yang dikeluarkan oleh pihak MQA dan JPA.

Ini adalah sebagai langkah keselamatan yang perlu anda lakukan. Apa gunanya belajar selama empat tahun, memerah keringat dan tenaga, mengabiskan masa, wang ringgit dan sebagainya tetapi diploma dan ijazah yang diperolehi tidak diiktiraf dan tidak diperakui. Langkah berhati-hati dalam membuat pilihan adalah lebih baik, bertanyalah kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dan informasi yang luas tentang pengiktirafan ini.

Situasi ini berbeza dengan mereka yang mendapat tawaran biasiswa menyambung pelajaran ke luar negara daripada JPA kerana kebiasaannya pihak JPA telah memberi kepada pelajar tersebut senarai pendek penawaran kursus dan universiti luar negara yang sememangnya telah mendapat perakuan dan pengiktirafan.

APAKAH ITU ‘MQA’ ?
MQA adalah singkatan daripada Malaysia ataupun Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Agensi Kelayakan Malaysia. Ia merupakan sebuah entiti yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Ia merupakan gabungan dua entiti, iaitu Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK, KPT).

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Visi utama MQA adalah untuk menjadi organisasi jaminan kualiti pengajian tinggi yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Misi MQA pula ialah untuk memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan melalui amalan bijak jaminan kualiti pengajian tinggi.

STATUS AKREDITASI 
Bertepatan dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya, akreditasi program dilaksanakan bagi membuat penilaian dalam menentukan sama ada suatu program itu memenuhi ‘standard kualiti’ yang ditetapkan ataupun tidak.

Program ini bertujuan untuk memastikan kursus yang ditawarkan menepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan garis panduan lain yang berkaitan.

Program yang mematuhi standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan akan diberikan Perakuan Akreditasi (status akreditasi) dan program berkenaan layak menggunakan perkataan 'Pengiktirafan Dari Malaysian Qualifications Agency (MQA)'. Perakuan akreditasi ini penting sebagai tanda aras kualiti program pengajian dan juga memberi manfaat berikut kepada pelajar:

·      Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

·      Pelajar juga layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapat pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada institusi terbabit.

·      Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan di sektor swasta juga turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka.


·      Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.




Untuk keterangan lanjut sila dapatkan buku :

'PEMILIHAN BIDANG, INSTITUSI PENGAJIAN & KERJAYA'





SELAMAT MAJU JAYA



No comments:

Post a Comment