:: SELAMAT DATANG KE BLOG DAKWAH GLOBAL :: DAPATKAN BUKU-BUKU KAMI DENGAN HARGA YANG MENARIK ::

Produk

      

                     

     



         

 

  

  

  

  














________________________________

PEMILIHAN BIDANG, INSTITUSI PENGAJIAN & KERJAYA - 
KEMANAKAH HALATUJU ANDA ?
Dr. Ram Al-Jaffri Saad
Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail
Hamdi Abdul Hamid
ISBN 978-967-13094-0-7
Year: 2015
Pages: 224
RM23.90
Buku ini amat penting untuk dijadikan rujukan kepada semua pelajar di peringkat menengah sama ada yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam negara mahupun luar negara.

Antara kandungan buku ini menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan persekolahan, penawaran subjek, peperiksaan dan pemilihan jurusan/bidang di peringkat menengah rendah dan menengah atas.

Selain itu buku ini juga turut membincangkan perkara yang berkaitan dengan halatuju pelajar lepasan SPM atau menengah atas, di mana mereka diberi beberapa pilihan yang bersesuaian dengan kelulusan yang mereka perolehi. 

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan kewangan telah disenaraikan di halaman buku ini hampir 55 badan yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelajar.

Antara perbincangan penting yang turut dimuatkan iaitu :
  • Pemilihan Bidang Pengajian
  • Pemilihan Institusi Pengajian Selepas SPM
  • Halatuju Pelajar Lepasan SPM
  • Institusi Dan Bidang Yang Mendapat Pengiktirafan MQA Dan JPA
  • Program-Program Yang Ditawarkan
  • Institusi Pengajian Dalam Negara Dan Luar Negara
  • Bantuan Kewangan
  • Tips-Tips Penting
  • Kerjaya Masa Depan Bagi Mereka Yang Cemerlang Akademik Dan Yang Tidak Cemerlang Akademik
  • Tindakan Yang Perlu Dilakukan Setiap Pelajar Yang Ingin Berjaya
  • Senarai semak MQA & JPA
  • Senarai Universiti Antarabangsa
  • Senarai Universiti Terbaik Dunia & Asia
  • Senarai Biasiswa
  • Senarai Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Pusat Asasi, UPIM, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Politeknik & Kolej Komuniti.
  • Senarai Semak Kursus-Kursus Yang Ditawarkan
  • Jadual Gred Gaji
  • dan banyak lagi perkara penting yang bekaitan dengan diri PELAJAR

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
Mohd Firdaus Mat Saad
ISBN 978-967-13094-3-8
Year: 2015
Pages: 169
RM 19.90
Buku ini menceritakan tentang rahsia bagaimana penulis berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya sama ada di peringkat menengah, kolej mahupun universiti. Rahsia kejayaan ini telah dipraktikkannya sendiri semasa beliau bergelar pelajar sehingga beliau telah dinobatkan oleh Universiti Sheffield, United Kingdom sebagai antara Pelajar Terbaik daripada universiti tersebut.

Tips-tips kejayaan yang terdapat di dalam buku ini amatlah berfaedah dan perlu diamalkan oleh setiap pelajar yang inginkan sebuah kejayaan. Segala rahsia yang dikongsikan amat berharga untuk dijadikan panduan kecemerlangan khasnya dalam dunia akademik.



DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Mohd Firdaus Mat Saad
ISBN 978-967-13094-0-7
Year: 2015
Pages: 
RM19.90
Buku ini mengisahkan pengalaman penulis ketika berada di alam persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti. Turut disentuh tentang kejayaan abang-abang penulis yang merupakan individu penting yang mendorong penulis untuk terus berjaya dengan cemerlang. Kejayaan abang-abang penulis melanjutkan pelajaran ke luar negara (United Kingdom) merupakan suntikan semangat kepada diri penulis untuk terus berjaya seperti mereka. Banyak panduan, tunjuk ajar dan nasihat-nasihat yang diberikan




TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ: PEMIKIRAN AGAMA DAN POLITIK
Ismail Yusoff
ISBN 978-967-0876-06-1
Year: 2015
Pages: 385
RM 48.00

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ialah seorang pemikir yang multidimensi. Selain dikenali sebagai tokoh politik dan pendakwah, beliau juga disegani sebagai pentadbir yang berintegriti tinggi. Beliau dianggap sebagai model pemimpin Islam di Malaysia masa kini. Sebagai seorang tokoh pembaharuan dan intelektual Muslim, beliau mempunyai kesedaran yang tinggi dan keupayaan yang unik dalam meningkatkan fahaman dan pengamalan agama dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya di negeri Kelantan. Pada hemat Nik Aziz, kemajuan masyarakat Islam hanya dapat dicapai melalui pemahaman Islam yang murni dan bebas daripada sinkretisme.

Bagi PAS, beliau bukan sahaja Tok Guru yang memberikan nafas baru kepada parti yang hampir mati di bawah kepimpinan Mohd Asri Hj. Muda, tetapi juga Mursyidul Am, ideologue dancustodian kepada nilai-nilai ideologi parti tersebut. Ikon yang zuhud ini ialah tonggak kekuatan PAS. Beliau bukan sahaja berjaya melakukan perubahan dalam senario politik dalaman PAS, tetapi juga berhasil meningkatkan pengaruh PAS, terutama dalam kalangan kaum bukan Melayu. Melalui cara ini, beliau bukan sahaja berjaya mengubah landskap politik Malaysia ke arah masyarakat berpolitik yang berpengetahuan, bersumberkan ilmu yang menunjuk jalan, dan juga politik yang bebas daripada sentimen perkauman. Nik Aziz juga ialah tokoh pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Pendekatan politik dan pentadbirannya yang berbentuk high politicsdan menuju God-centricity ini adalah suatu pencapaian yang mengagumkan dalam sejarah Islam abad ke-20.


PENGURUSAN ISLAM: MODEL ALTERNATIF PENGURUSAN MODEN
Ahmad Bashir Aziz
ISBN 978-967-0876-09-2
Year: 2015
Pages: 258
RM 40.00

Pengurusan merupakan salah satu aspek penting yang diberikan penekanan dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara melibatkan proses perancangan, penyusunan kakitangan, pembuatan keputusan, dan pengawalan operasi organisasi. Bertitik tolak dari sini, pengurusan dianggap sebagai prasyarat kemajuan dan tunggak pembangunan sesebuah negara. Penerimaan model pengurusan masakini adalah lebih kepada model dan teori pengurusan konvensional yang hanya merujuk kepada rasional akal pemikiran manusia dalam menghuraikan fakta, kaedah dan fenomena semasa yang diketengahkan dalam mencapai matlamat pembangunan pengurusan.

Pada dasarnya, akal yang dimiliki manusia gagal menghasilkan pokok atau asas pengurusan dan kemampuan manusia hanya terhad kepada menyusun strategi, struktur dan sistem yang akan sentiasa berubah berasaskan zaman. Perkara-perkara asas ini dari perspektif Islam adalah cetusan wahyu (al-Quran dan al-Sunnah). Wahyu tidak memperincikan persoalan strategi dan struktur, kerana persoalan tersebut diletakkan kepada kebijaksanaan manusia menguruskan alam berasaskan realiti masa. Oleh yang demikian, buku ini akan cuba memperincikan beberapa perkara asas yang menjadi tunjang pengurusan moden.


TASAWUF DAN TAREKAT SEJARAH PERKEMBANGAN DAN ALIRANNYA DI MALAYSIA
Mohd. Faizal Harun
ISBN 978-967-0876-07-8
Year: 2015
Pages: 439
RM 64.00

Buku ini cuba mengupas persoalan mengenai kedudukan dan perkembangan tasawuf dan tarekat di Tanah Melayu/Malaysia. Tasawuf dan tarekat kini seolah-olah dilihat sebagai sesuatu yang terasing dalam Islam oleh sesetengah pihak. Justeru, melalui buku ini persoalan mengenai tasawuf dan tarekat dibincangkan secara agak menyeluruh berkaitan dengan peristilahan tasawuf dan tarekat serta sejarahnya yang bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW, kemudian pada zaman sahabat sehinggalah ke zaman seterusnya. Penulis juga melihat dari aspek kedatangan Islam di Alam Melayu dari sudut peranan golongan sufi dan tarekat.

Dalam kajian ini, penulis turut menyentuh secara spesifik tentang kepelbagaian organisasi tarekat yang ada di Malaysia bagi menilai sejauh mana kedudukannya di persada masyarakat serta sumbangan kelompok sufi terhadap pembangunan negara. Secara umumnya penulisan buku ini lebih kepada sejarah dan tradisi kesufian yang terdapat di Malaysia yang penulis anggap sebagai kurang disoroti oleh pengkaji secara amnya. Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tambahan tentang keberadaan tasawuf dan tarekat di Malaysia, khususnya dari sudut perkembangan dan alirannya.


ADAB SEBELUM SULUK TAREKAT NAQSHABANDIYYAH: MENGIKUT SHEIKH ABDUL WAHAB ROKAN
Rosnaaini Hamid
ISBN 978-967-0474-95-3
Year: 2015
Pages: 147
RM43.00

Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus. Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan.
  
Penilaian terhadap adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu. Setiap adab tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari kesahihan hukum pada pandangan syarak. Konsep-konsep yang diutarakan boleh dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf secara bersama. Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat dan sejarah perkembangan ajaran tarekat tersebut dan tasawuf secara umum.


TUAN HAJI MOHAMMAD YATIM HAJI ISMAIL: TOKOH TAREKAT NAQSHABANDIYYAH
Rosnaaini Hamid
ISBN 978-967-0876-04-7
Year: 2015
Pages: 263 
RM42.00

Karya Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah membincangkan tentang teori dan praktikal secara khusus berkaitan dengan Tarekat Naqshabandiyyah. Buku ini terlebih dahulu memperkenalkan tentang ketokohan Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail yang mencakupi peribadi, ketokohan dan riwayat hidup.

Seterusnya, penulis mengungkap tatacara penghayatan amalan-amalan tarekat yang perlu dilaksanakan oleh setiap murid melalui pemantauan yang cukup teliti agar tidak tergelincir dari landasan syariat Islam yang suci. Justeru kombinasi antara doktrin dan pengamalan yang berbeza bukanlah sesuatu yang bercanggah malah memantapkan lagi penghayatan kerohanian berlandaskan panduan ilmu tasawuf. Kesungguhan Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail mengembangkan pengamalan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah merupakan satu sumbangan yang baik kepada sejarah perkembangan ajaran tarekat tersebut dan tasawuf secara umum.


PHILISOPHY AND THEORY OF LAW
Editors: Asmah Laili Yeon & Yuhanif Yusof
ISBN 978-967-0876-02-3
Year: 2015
Pages: 264
RM54.00

Understanding of the philosophy and theory behind the law is significance to law makers, legal practitioners, academicians and laymen. The rationales are to have some understanding of public policy and the real aim of the laws that made up particular practices or the root of practices. Therefore, this book highlight selected philosophy and theory of laws in the area of commercial, financial and corporate law; medical law; constitutional and administrative law and lastly human resource law. The massive information and knowledge in this book will benefits law makers, legal practitioners, academicians, universities students in understanding the philosophy and theory of the law first, before appreciating and applying the substantive law in their profession and life.



PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
Editor: Zakiah Jamaluddin
ISBN 978-967-0876-10-8
Year: 2015
Pages: 245
RM 43.00

Buku ini membincangkan tentang perancangan terhadap program-program pembangunan yang dijalankan serta program pembangunan yang dilaksanakan terhadap sesuatu komuniti terpilih. Buku-buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan kepada isu-isu pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta atau agensiagensi tertentu secara global mahupun di peringkat lokaliti. Namun demikian buku ini lebih menumpukan kepada aspek sumbangan bidang sosiologi, psikologi dan kerja sosial terhadap pembangunan komuniti.

Beberapa program yang dijalankan melibatkan bantuan kebajikan terhadap komuniti miskin, program ICT, pembangunan komuniti Orang Asli, serta pemulihan dalam komuniti yang melibatkan penagih dadah, pesakit mental dan remaja bermasalah. Buku ini diharap dapat memperkayakan ilmu dalam bidang sains sosial yang merangkumi bidang antropologi, sosiologi, psikologi, kerja sosial, polisi dan pembangunan. Ia juga diharap dapat menambah bahan rujukan kepada para pengkaji komuniti, pensyarah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, perancang bandar dan luar bandar, pihak badan bukan kerajaan (NGO), pengamal kerja sosial dan pembuat polisi.


ISLAMIC BANKING OPERATIONS: PRODUCTS AND SERVICES
Asmadi Mohamed Naim & Zairani Zainol, 2015
ISBN 978-967-0876-03-0
Year: 2015
Pages: 102
RM 25.00

Islamic Banking Operations: Products and Services aims to give insights on Islamic banking operations as well as assists readers to understand certain aspects of its products and services. This book provides an overview about the balance sheets for both conventional and Islamic banks, the deposits and financing activities as well as the Islamic trade finance products and instruments.







WOMEN IN ECONOMIC AND SOCIAL TRANSFORMATION ERA: 
ISSUES AND CHALLENGES
Editors: Kalthum Hassan & Rohana Yusof
ISBN 978-967-0474-99-1
Year: 2015
Pages: 211
RM 45.00

This book was motivated by the desire of the authors to reveal various issues and livelihood strategies of women in developing countries managing current socio-economic challenges as the state of the world is changing rapidly. The changes have brought about problems and opportunities to women globally as women have become one of the key actors in promoting the changes.

Women in the developing countries have gone through various phases of socio-economic changes that have changed their roles from family affairs managers to corporate/institutional managers and workers and small and large scale entrepreneurs. However, different from men, the roles as family affairs managers remain even though women have assumed various other roles in government and corporate world.


PENERBITAN JURNAL ILMIAH: ISU KUALITI, MEDIA DAN PENGANTARABANGSAAN
Roosfa Hashim
ISBN 978-967-0474-63-2
Year: 2015
Pages: 199 hlm
RM43.00

Penerbitan Jurnal Ilmiah: Isu Kualiti, Media dan Pengantarabangsaan mengungkap pelbagai isu dan masalah dalam penerbitan jurnal ilmiah. Faktor perbincangan antaranya mengutarakan nicheatau fokus sesebuah jurnal yang bidang pengkhususannya tidak begitu jelas dalam memastikan kelestarian sesebuah jurnal ilmiah. Apakah kriteria untuk mengiktiraf sesebuah jurnal ilmiah itu bertaraf nasional atau kebangsaan? Di samping itu, isu pengantarabangsaan jurnal ilmiah juga dibincangkan dalam buku ini dengan membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri antarabangsa yang perlu dipenuhi oleh setiap jurnal ilmiah.

Dasar penerbitan jurnal ilmiah dikawal oleh sebuah lembaga editor yang menetapkan tentang nama jurnal, bidang pengkhususan jurnal, pemilihan wasit, pemilihan makalah, bentuk dan jenis makalah yang diterbitkan, bentuk rujukan dan kaedah dokumentasi, bahasa, laras, komposisi pengarang dan sebagainya. Masalah penerbitan jurnal ilmiah di negara ini perlu ditangani oleh semua pihak yang terlibat dan mempunyai kepentingan agar kelestarian ilmu melalui jurnal dapat disebarluaskan kepada masyarakat




HAK ASASI PEKERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG
Alias Azhar, Harlida Abdul Wahab & Ahmad Munir Ishak
ISBN 978-967-0474-96-0,
Year: 2015
Pages: 119
RM 38.00

Buku ini merupakan rujukan alternatif bagi setiap individu yang bekerja dalam sektor awam bagi memahami hak-hak asasi mereka sebagai pekerja sektor awam di Malaysia. Menariknya buku ini mengupas secara menyeluruh berkaitan hak asasi pekerja dari sudut perspektif Islam dan undangundang sekali gus mampu membina inspirasi hakiki kepada para pekerja sektor awam khususnya di Malaysia.

Hubungan majikan dan pekerja merupakan antara faktor utama yang menjadi penentu ke arah kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Persefahaman dan penghormatan terhadap hak asasi pekerja merupakan suatu perkara yang penting dalam mewujudkan perhubungan industri yang harmoni. Justeru, buku ini adalah penting dalam usaha menganalisis hak asasi pekerja di kalangan pekerja sektor awam di Malaysia yang dilihat dari perspektif Islam dan kerangka perundangan di Malaysia.


MEDIA, LIBERTY AND POLITICS IN MALAYSIA: COMPARATIVE STUDIES ON LOCAL DYNAMICS AND REGIONAL CONCERNS
Mohd Azizuddin Mohd Sani
ISBN 978-967-0876-01-6
Year: 2015
Pages: 336
RM 62.00

Media, Liberty and Politics in Malaysia: Comparative Studies on Local Dynamics and Regional Concerns is based on a collection of twelve academic papers. This book traces the development and progress of Malaysia as a nation that embraces issues of media, liberty and politics as essential parts of its culture, policy and well-being of the people.

In between the 2008 and the 2013 General Elections, Malaysians have transformed themselves and demanded to form a more democratic society. Issues of political freedom, human rights, good governance and human dignity have become important and will determine the future of the Malaysian society. Besides, this book also tries to compare democratic practices in Malaysia with its neighbours such as Indonesia, Thailand and Australia, plus the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) as an organisation to promote democratisation and strong ties between its members. This book is suitable for all particularly the academics, students of politics and international relations, journalists, legal practitioners, and the general public who are interested in the issues of media, liberty and politics in Malaysia.



PROGRAM HOMESTAY DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA
Editor: Jabil Mapjabil
ISBN 978-967-0474-81-6
Year: 2015
Pages: 257
RM 55.00

Buku Program Homestay dan Pembangunan Komuniti Luar Bandar di Malaysia mengetengahkan pelbagai topik dan isu berkaitan dengan program homestay dan komuniti luar bandar di Malaysia. Perkembangan dalam pembangunan program homestay dan peranannya dalam membangunkan komuniti luar bandar merupakan teras utama perbincangan. Buku ini terdiri daripada 12 bab dan disusun mengikut dua skop utama seperti berikut:

• Pembangunan program homestay dalam konteks Malaysia
• Kajian kes program homestay di negeri terpilih

Buku ini memberikan manfaat kepada mereka yang ingin mengkaji serta mendapatkan pengetahuan lanjut tentang dua bidang utama iaitu program homestay sebagai tarikan pelancongan dan pembangunan ekonomi komuniti luar bandar. Selain daripada mahasiswa, pelbagai pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan program homestay dan pembangunan komuniti di luar bandar.



PEMANASAN GLOBAL: IMPAK TERHADAP MASYARAKAT DAN KESIHATAN
Editor: Haliza Abdul Rahman & Rapeah Suffian
Year:  2015
ISBN 978-967-0876-12-2
Pages: 182
RM 36.00

Pemanasan Global: Impak Terhadap Masyarakat dan Kesihatan merupakan hasil penulisan 10 orang

pengkaji daripada pelbagai bidang dan universiti di Malaysia. Kesemua topik yang dibincangkan dalambuku ini menumpu kepada aspek masyarakat dan kesihatan, kesan daripada fenomena pemanasan global.

Semoga buku ini dapat menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan akademia, pelajar dan masyarakat terhadap isu pemanasan global.




TUN V. T. SAMBANTHAN: PEMBELA MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA
Arumugam Raman
ISBN 978-967-0876-14-6
Year: 2015
Pages: 115
RM 34.00      

Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa khususnya masyarakat India di Malaysia. Pengorbanan harta beliau demi membina sebuah sekolah untuk penduduk tempatan jarang-jarang kita dapat dengar. Kaum India menganggap beliau sebagai ‘keturunan karnan’. Mengikut epik Mahabaratha Karnan merupakan seorang berhati murah dan akan memberi apa saja yang dipinta oleh orang lain. Selain memiliki hati yang murah Sambanthan juga memiliki nilai-nilai murni yang terpuji seperti kesabaran, menghormati orang lain dan bertanggungjawab. Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu. Pembelaan beliau ini dapat dilihat a dua sudut. Pertama MIC diambil alih oleh kumpulan majoriti Tamil yang dipinggirkan selama beberapa tahun oleh pemimpin elit (Ceylon, Punjabi dan elit Tamil). Terdapat jurang yang besar antara kepimpinan golongan elit dengan golongan bawahan. Sambanthan merapatkan hubungan pimpinan MIC dengan golongan bawahan dan memenangi hati para pekerja ladang yang menjadi 80 peratus penduduk India di Tanah Melayu. Kedua pula menyelamatkan pekerja India yang berhadapan dengan masalah fragmentasi ladang. Kebanyakan ladang besar dipecahbelahkan dan dijual oleh pemilik Eropah apabila Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Akibatnya para pekerja ladang berhadapan dengan kehilangan pendapatan dan penginapan. Sambanthan menubuhkan Koperasi ataupun lebih dikenali NLFCS untuk membeli ladang-ladang yang menghadapi masalah fragmentasi. Sambanthan sekali lagi dijulang sebagai wira kaum pekerja ladang. Sumbangan Tun V.T. Sambanthan dalam arena politik ataupun kebajikan perlu didokumentasikan. Maka terlahirlah buku ini.


DARI ULU LOSONG TERENGGANU KE KOTA LONDON UNITED KINGDOM
Long Haffiz Long Hassan
ISBN 978-967-
Year: 2015
Pages: 115
RM 00.00   













RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA
Mohd Firdaus Mat Saad
ISBN 978-967-
Year: 2015
Pages: 115
RM 00.00   












No comments:

Post a Comment