TUAN GURU NIK ABDUL
AZIZ: PEMIKIRAN AGAMA DAN POLITIK
Ismail Yusoff
ISBN 978-967-0876-06-1
Year: 2015
Pages: 385
RM 48.00
Tuan Guru Dato’ Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat ialah seorang pemikir yang multidimensi. Selain dikenali
sebagai tokoh politik dan pendakwah, beliau juga disegani sebagai pentadbir
yang berintegriti tinggi. Beliau dianggap sebagai model pemimpin Islam di
Malaysia masa kini. Sebagai seorang tokoh pembaharuan dan intelektual Muslim,
beliau mempunyai kesedaran yang tinggi dan keupayaan yang unik dalam
meningkatkan fahaman dan pengamalan agama dalam kalangan masyarakat Islam,
khususnya di negeri Kelantan. Pada hemat Nik Aziz, kemajuan masyarakat Islam
hanya dapat dicapai melalui pemahaman Islam yang murni dan bebas daripada
sinkretisme.
Bagi PAS, beliau bukan
sahaja Tok Guru yang memberikan nafas baru kepada parti yang hampir mati di
bawah kepimpinan Mohd Asri Hj. Muda, tetapi juga Mursyidul Am, ideologue
dancustodian kepada nilai-nilai ideologi parti tersebut. Ikon yang zuhud ini
ialah tonggak kekuatan PAS. Beliau bukan sahaja berjaya melakukan perubahan
dalam senario politik dalaman PAS, tetapi juga berhasil meningkatkan pengaruh
PAS, terutama dalam kalangan kaum bukan Melayu. Melalui cara ini, beliau bukan
sahaja berjaya mengubah landskap politik Malaysia ke arah masyarakat berpolitik
yang berpengetahuan, bersumberkan ilmu yang menunjuk jalan, dan juga politik
yang bebas daripada sentimen perkauman. Nik Aziz juga ialah tokoh pembaharuan
dalam bidang pentadbiran. Pendekatan politik dan pentadbirannya yang berbentuk
high politicsdan menuju God-centricity ini adalah suatu pencapaian yang
mengagumkan dalam sejarah Islam abad ke-20.
ADAB
SEBELUM SULUK TAREKAT NAQSHABANDIYYAH: MENGIKUT SHEIKH ABDUL WAHAB ROKAN
Rosnaaini
Hamid
ISBN 978-967-0474-95-3
Year: 2015
Pages: 147
RM 43.00
Adab Sebelum Suluk
Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah sebuah karya
ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran
Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun
begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan
adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan
pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi
disiplin yang disusun secara terfokus. Buku ini menjelaskan tentang adab-adab
sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru
yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan.
Penilaian terhadap
adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada
al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu. Setiap adab
tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari
kesahihan hukum pada pandangan syarak. Konsep-konsep yang diutarakan boleh
dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf
secara bersama. Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang
pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf. Namun perbezaan yang ketara antara
buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang
kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan
besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat
dan sejarah perkembangan ajaran tarekat tersebut dan tasawuf secara umum.
ISLAMIC
BANKING OPERATIONS: PRODUCTS AND SERVICES
Asmadi
Mohamed Naim & Zairani Zainol, 2015
ISBN 978-967-0876-03-0
Year: 2015
Pages: 102
RM 25.00
Islamic Banking
Operations: Products and Services aims to give insights on Islamic banking
operations as well as assists readers to understand certain aspects of its
products and services. This book provides an overview about the balance sheets
for both conventional and Islamic banks, the deposits and financing activities
as well as the Islamic trade finance products and instruments.
HAK ASASI PEKERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG
Alias Azhar, Harlida
Abdul Wahab & Ahmad Munir Ishak
ISBN 978-967-0474-96-0,
Year: 2015
Pages: 119
ISBN 978-967-0474-96-0,
Year: 2015
Pages: 119
RM 38.00
Buku ini merupakan rujukan alternatif bagi setiap individu yang bekerja dalam sektor awam bagi memahami hak-hak asasi mereka sebagai pekerja sektor awam di Malaysia. Menariknya buku ini mengupas secara menyeluruh berkaitan hak asasi pekerja dari sudut perspektif Islam dan undangundang sekali gus mampu membina inspirasi hakiki kepada para pekerja sektor awam khususnya di Malaysia.
Hubungan majikan dan pekerja merupakan antara faktor utama yang menjadi penentu ke arah kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Persefahaman dan penghormatan terhadap hak asasi pekerja merupakan suatu perkara yang penting dalam mewujudkan perhubungan industri yang harmoni. Justeru, buku ini adalah penting dalam usaha menganalisis hak asasi pekerja di kalangan pekerja sektor awam di Malaysia yang dilihat dari perspektif Islam dan kerangka perundangan di Malaysia.
MEDIA,
LIBERTY AND POLITICS IN MALAYSIA: COMPARATIVE STUDIES ON LOCAL DYNAMICS AND
REGIONAL CONCERNS
Mohd
Azizuddin Mohd Sani
ISBN 978-967-0876-01-6
Year: 2015
Pages: 336
RM 62.00
Media, Liberty and
Politics in Malaysia: Comparative Studies on Local Dynamics and Regional
Concerns is based on a collection of twelve academic papers. This book traces
the development and progress of Malaysia as a nation that embraces issues of
media, liberty and politics as essential parts of its culture, policy and
well-being of the people.
In between the 2008
and the 2013 General Elections, Malaysians have transformed themselves and
demanded to form a more democratic society. Issues of political freedom, human
rights, good governance and human dignity have become important and will
determine the future of the Malaysian society. Besides, this book also tries to
compare democratic practices in Malaysia with its neighbours such as Indonesia,
Thailand and Australia, plus the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
as an organisation to promote democratisation and strong ties between its
members. This book is suitable for all particularly the academics, students of
politics and international relations, journalists, legal practitioners, and the
general public who are interested in the issues of media, liberty and politics
in Malaysia.
PEMANASAN
GLOBAL: IMPAK TERHADAP MASYARAKAT DAN KESIHATAN
Editor:
Haliza Abdul Rahman & Rapeah Suffian
Year: 2015
ISBN 978-967-0876-12-2
Pages: 182
RM 36.00
Pemanasan Global:
Impak Terhadap Masyarakat dan Kesihatan merupakan hasil penulisan 10 orang pengkaji
daripada pelbagai bidang dan universiti di Malaysia. Kesemua topik yang
dibincangkan dalambuku ini menumpu kepada aspek masyarakat dan kesihatan, kesan
daripada fenomena pemanasan global.
Semoga buku ini dapat
menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan di samping meningkatkan
kesedaran dalam kalangan akademia, pelajar dan masyarakat terhadap isu
pemanasan global.
PENERBITAN
JURNAL ILMIAH: ISU KUALITI, MEDIA DAN PENGANTARABANGSAAN
Roosfa
Hashim
ISBN 978-967-0474-63-2
Year: 2015
Pages: 199 hlm
RM43.00
Penerbitan Jurnal
Ilmiah: Isu Kualiti, Media dan Pengantarabangsaan mengungkap pelbagai isu dan
masalah dalam penerbitan jurnal ilmiah. Faktor perbincangan antaranya
mengutarakan nicheatau fokus sesebuah jurnal yang bidang pengkhususannya tidak
begitu jelas dalam memastikan kelestarian sesebuah jurnal ilmiah. Apakah
kriteria untuk mengiktiraf sesebuah jurnal ilmiah itu bertaraf nasional atau
kebangsaan? Di samping itu, isu pengantarabangsaan jurnal ilmiah juga
dibincangkan dalam buku ini dengan membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan
ciri-ciri antarabangsa yang perlu dipenuhi oleh setiap jurnal ilmiah.
Dasar penerbitan jurnal
ilmiah dikawal oleh sebuah lembaga editor yang menetapkan tentang nama jurnal,
bidang pengkhususan jurnal, pemilihan wasit, pemilihan makalah, bentuk dan
jenis makalah yang diterbitkan, bentuk rujukan dan kaedah dokumentasi, bahasa,
laras, komposisi pengarang dan sebagainya. Masalah penerbitan jurnal ilmiah di
negara ini perlu ditangani oleh semua pihak yang terlibat dan mempunyai
kepentingan agar kelestarian ilmu melalui jurnal dapat disebarluaskan kepada
masyarakat
PENGURUSAN
ISLAM: MODEL ALTERNATIF PENGURUSAN MODEN
Ahmad
Bashir Aziz
ISBN 978-967-0876-09-2
Year: 2015
Pages: 258
RM 40.00
Pengurusan merupakan
salah satu aspek penting yang diberikan penekanan dalam pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara melibatkan proses perancangan, penyusunan kakitangan,
pembuatan keputusan, dan pengawalan operasi organisasi. Bertitik tolak dari
sini, pengurusan dianggap sebagai prasyarat kemajuan dan tunggak pembangunan
sesebuah negara. Penerimaan model pengurusan masakini adalah lebih kepada model
dan teori pengurusan konvensional yang hanya merujuk kepada rasional akal
pemikiran manusia dalam menghuraikan fakta, kaedah dan fenomena semasa yang
diketengahkan dalam mencapai matlamat pembangunan pengurusan.
Pada dasarnya, akal
yang dimiliki manusia gagal menghasilkan pokok atau asas pengurusan dan kemampuan
manusia hanya terhad kepada menyusun strategi, struktur dan sistem yang akan
sentiasa berubah berasaskan zaman. Perkara-perkara asas ini dari perspektif
Islam adalah cetusan wahyu (al-Quran dan al-Sunnah). Wahyu tidak memperincikan
persoalan strategi dan struktur, kerana persoalan tersebut diletakkan kepada
kebijaksanaan manusia menguruskan alam berasaskan realiti masa. Oleh yang
demikian, buku ini akan cuba memperincikan beberapa perkara asas yang menjadi
tunjang pengurusan moden.
PERANCANGAN DAN
PEMBANGUNAN KOMUNITI
Editor: Zakiah Jamaluddin
ISBN 978-967-0876-10-8
Year: 2015
Pages: 245
Editor: Zakiah Jamaluddin
ISBN 978-967-0876-10-8
Year: 2015
Pages: 245
RM 43.00
Buku ini membincangkan tentang perancangan terhadap program-program pembangunan yang dijalankan serta program pembangunan yang dilaksanakan terhadap sesuatu komuniti terpilih. Buku-buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan kepada isu-isu pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta atau agensiagensi tertentu secara global mahupun di peringkat lokaliti. Namun demikian buku ini lebih menumpukan kepada aspek sumbangan bidang sosiologi, psikologi dan kerja sosial terhadap pembangunan komuniti.
Beberapa program yang dijalankan melibatkan bantuan kebajikan terhadap komuniti miskin, program ICT, pembangunan komuniti Orang Asli, serta pemulihan dalam komuniti yang melibatkan penagih dadah, pesakit mental dan remaja bermasalah. Buku ini diharap dapat memperkayakan ilmu dalam bidang sains sosial yang merangkumi bidang antropologi, sosiologi, psikologi, kerja sosial, polisi dan pembangunan. Ia juga diharap dapat menambah bahan rujukan kepada para pengkaji komuniti, pensyarah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, perancang bandar dan luar bandar, pihak badan bukan kerajaan (NGO), pengamal kerja sosial dan pembuat polisi.
PHILISOPHY AND THEORY
OF LAW
Editors: Asmah Laili Yeon & Yuhanif Yusof
ISBN 978-967-0876-02-3
Year: 2015
Pages: 264
Editors: Asmah Laili Yeon & Yuhanif Yusof
ISBN 978-967-0876-02-3
Year: 2015
Pages: 264
RM54.00
Understanding of the
philosophy and theory behind the law is significance to law makers, legal
practitioners, academicians and laymen. The rationales are to have some
understanding of public policy and the real aim of the laws that made up
particular practices or the root of practices. Therefore, this book highlight
selected philosophy and theory of laws in the area of commercial, financial and
corporate law; medical law; constitutional and administrative law and lastly
human resource law. The massive information and knowledge in this book will
benefits law makers, legal practitioners, academicians, universities students
in understanding the philosophy and theory of the law first, before
appreciating and applying the substantive law in their profession and life.
PROGRAM HOMESTAY DAN PEMBANGUNAN
KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA
Editor: Jabil Mapjabil
ISBN 978-967-0474-81-6
Year: 2015
Pages: 257
RM 55.00
Buku Program Homestay
dan Pembangunan Komuniti Luar Bandar di Malaysia mengetengahkan pelbagai topik
dan isu berkaitan dengan program homestay dan komuniti luar bandar di Malaysia.
Perkembangan dalam
pembangunan program homestay dan peranannya dalam membangunkan komuniti luar
bandar merupakan teras utama perbincangan. Buku ini terdiri daripada 12 bab dan
disusun mengikut dua skop utama seperti berikut:
• Pembangunan program
homestay dalam konteks Malaysia
• Kajian kes program
homestay di negeri terpilih
Buku ini memberikan
manfaat kepada mereka yang ingin mengkaji serta mendapatkan pengetahuan lanjut
tentang dua bidang utama iaitu program homestay sebagai tarikan pelancongan dan
pembangunan ekonomi komuniti luar bandar. Selain daripada mahasiswa, pelbagai
pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
pengurusan program homestay dan pembangunan komuniti di luar bandar.
TASAWUF
DAN TAREKAT SEJARAH PERKEMBANGAN DAN ALIRANNYA DI MALAYSIA
Mohd.
Faizal Harun
ISBN 978-967-0876-07-8
Year: 2015
Pages: 439
RM 64.00
Buku ini cuba mengupas
persoalan mengenai kedudukan dan perkembangan tasawuf dan tarekat di Tanah
Melayu/Malaysia. Tasawuf dan tarekat kini seolah-olah dilihat sebagai sesuatu
yang terasing dalam Islam oleh sesetengah pihak. Justeru, melalui buku ini
persoalan mengenai tasawuf dan tarekat dibincangkan secara agak menyeluruh
berkaitan dengan peristilahan tasawuf dan tarekat serta sejarahnya yang bermula
pada zaman Nabi Muhammad SAW, kemudian pada zaman sahabat sehinggalah ke zaman
seterusnya. Penulis juga melihat dari aspek kedatangan Islam di Alam Melayu
dari sudut peranan golongan sufi dan tarekat.
Dalam kajian ini,
penulis turut menyentuh secara spesifik tentang kepelbagaian organisasi tarekat
yang ada di Malaysia bagi menilai sejauh mana kedudukannya di persada
masyarakat serta sumbangan kelompok sufi terhadap pembangunan negara. Secara
umumnya penulisan buku ini lebih kepada sejarah dan tradisi kesufian yang
terdapat di Malaysia yang penulis anggap sebagai kurang disoroti oleh pengkaji
secara amnya. Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tambahan
tentang keberadaan tasawuf dan tarekat di Malaysia, khususnya dari sudut
perkembangan dan alirannya.
WOMEN
IN ECONOMIC AND SOCIAL TRANSFORMATION ERA: ISSUES AND CHALLENGES
Editors:
Kalthum Hassan & Rohana Yusof
ISBN 978-967-0474-99-1
Year: 2015
Pages: 211
RM 45.00
This book was
motivated by the desire of the authors to reveal various issues and livelihood
strategies of women in developing countries managing current socio-economic
challenges as the state of the world is changing rapidly. The changes have
brought about problems and opportunities to women globally as women have become
one of the key actors in promoting the changes.
Women in the
developing countries have gone through various phases of socio-economic changes
that have changed their roles from family affairs managers to
corporate/institutional managers and workers and small and large scale
entrepreneurs. However, different from men, the roles as family affairs
managers remain even though women have assumed various other roles in
government and corporate world.
No comments:
Post a Comment