Bersungguh-sungguhlah
kita dalam menuntut ilmu, di dunia kita dihormati di akhirat kita selamat dari
azab Allah SWT. Dalam menuntut ilmu ada beberapa faktor supaya ilmu yang kita
perolehi mendapat keberkatan dan diredhai Allah SWT.
Semua kita mengetahui sumber yang utama
untuk mendapat ilmu adalah membaca. Kerana membaca untuk mendapatkan ilmu
bagaikan berenang melawan arus, saat kita berhenti berenang kita akan
ketinggalan dibawa arus. Membaca dan menuntut ilmu sepanjang hayat akan
menjadikan kita orang yang berilmu kaya dengan idea dan wise
(bijaksana).
يُؤۡتِي
ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗ
كَثِيرٗاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٢٦٩
Firman Allah
SWT bermaksud: “Allah SWT menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam
tentang Al Quran dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang
siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia
yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil
pelajaran (dari firman Allah SWT)”.
(QS. Al
Baqarah. 269)
Ketahuilah dengan ilmu dapat
memelihara maruah Agama, Bangsa dan Negara. Ingat! menjaga maruah Agama, Bangsa
dan Negara adalah kewajipan keatas kita yang akan di persoalkan oleh Allah SWT
di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment